Saturday 4 May 2013

PANAS!!!PERSATUAN POLIS BEKAS POLIS BIDAS ANWAR IBRAHIM!!!

KUALA LUMPUR – Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat fitnah kononnya terdapat 40,500 pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presidennya, Yusof Hamdain Deigo berkata, dakwaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebenarnya mengambarkan ketakutan beliau untuk berhadapan PRU13 dan cuba mengalihkan perhatian pengundi dengan mengada-adakan cerita, fitnah serta membuat tuduhan liar tanpa fakta terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Persatuan Bekas Polis Bidas Anwar Ibrahim

“Bekas polis di Sabah dan Sarawak telah meninjau persekitaran lapangan terbang di kedua-dua negeri tersebut sebelum ini dan mendapati hanya kumpulan pengundi yang berkerja di Sabah dan Sarawak serta kumpulan pengundi dalam kalangan pelajar yang mengambil kesempatan bercuti untuk balik untuk mengundi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...