Monday 29 April 2013

TERKINI!!!PENCERAMAH PKR MAUT NAHAS DI SHAH ALAM..

SHAH ALAM: Seorang penceramah dari PKR maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di
 Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini.

"Siasatan mendapati mangsa diserang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke
 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat," katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian. 


SUMBER:http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/04/penceramah-pkr-maut-nahas-di-shah-alam.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...