Monday 29 April 2013

RUPA-RUPANYA!!!! ANWAR MINTAK ULAMA TERSOHOR KEDAH JADIKANNYA PM!!!


                                         


ULAMA tersohor Kedah yang selalu berbincang tentang AL QURAN dalam bahasa arab yang beliau fahami. Nama ULAMA ini adalah ABDUL HAMID dan lebih senang dikenali sebagai PAK SU MID. Status ULAMA ini diberikan orang kepada beliau dan beliau sendiri tidak pernah mengaku bahwa beliau seorang ULAMA. PAK SU MID adalah antara ULAMA HARFIAH iaitu Sarjana Tatabahasa (Grammarian) Bahasa Arab yang "tinggai beberapa kerat sahaja" (loghat KEDAH) di Malaysia. 

PAK SU MID telah memaklumkan kepada saya sesuatu yang memeranjatkan. Saya diminta jangan mengajukan pertanyaan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang telah diminta oleh seorang tetamu yang hadir ke rumah PAK SU MID sebelum saya. Maka saya menjadi hairan dan bertanya siapa tetamu PAK SU MID yang minta nak jadi Perdana Menteri ? Dengan senyum simpul PAK SU MID menjawab, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panggilan kampung PAK SU pada DSAI adalah Anuwat… 

Saya ditunjukkan tulisan tangan dalam tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim meminta beliau mendoakan agar beliau dijadikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 ini. Saya dimaklumkan oleh PAK SU MID bahwa beliau adalah seorang tua yang duduk bawah pokok dan sapu daun-daun nangka kering sahaja. 

Permintaan Anuwat untuk menjadi Perdana Menteri tidak mampu PAK SU MID tunaikan kerana perkara itu adalah bukan hak PAK SU MID untuk putuskan atau untuk campur tangan. PAK SU MID nasihat Anuwat, biarlah rakyat yang putuskan. Nasihat PAK SU MID kepada Anuwat adalah, SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG. PAK SU MID menasihati Anuwat untuk meninggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana beliau tak mampu untuk menjadi Perdana Menteri. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...