Monday 22 April 2013

MANIFESTO BN PERAK#MASYARAKAT BERKEMAHIRAN,BERILMU DAN BERINTERGRITI



pendidikan2
Akujanji untuk peluang berkualiti:-
 1.    Menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti awam - Universiti Sultan Azlan Shah.
2.    Lebih banyak pusat pengajian tinggi.
3.    Mewujudkan Bandar Ilmu Amanjaya (Knowledge City) di antara Batu Gajah dan Seri Iskandar.
4.    Menaikkan had pendapatan isi rumah kepada RM5,000 bagi kelayakan memohon pinjaman pelajaran anak Perak.
5.    Memperkasakan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan tinggi.
6.    Peruntukan tahunan bagi Sekolah Agama Rakyat dan pengurusan Ma’ahad Tahfiz.
7.    Peruntukan tahunan SMJK Cina, Tamil dan Mubaligh.
8.    Meneruskan pemberian Dermasiswa Pendidikan untuk pelajar memasuki IPT.
9.    Meneruskan caruman kepada Kumpulan Wang Biasiswa.
10. Tabung Pendidikan Anak-Anak Kaum India.
11. Program Kecemerlangan Murid Orang Asli.
12. Program Kecemerlangan Murid (Tuisyen Online & Pemetaan Minda)
13. Mewujudkan akademi sukan dan bolasepak Negeri Perak.

Antara yang telah dilaksanakan ialah:-
 1.    RM4 juta untuk program celik ICT bagi rakyat luar bandar.
2.    50 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, antaranya UiTM Seri Iskandar, UTP, UniKL, UPSI, KUISAS, UTAR, Masterskill dan Quest International University Perak (QUIP).
3.    RM17.5 juta untuk program pemetaan minda dan pembelajaran kepada 370,000 pelajar.
4.    RM16.09 juta untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat.
5.    RM25.8 juta kepada SJK Cina, Tamil dan sekolah Mubaligh.
6.    RM96.71 juta untuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman pendidikan.
7.    2,500 ekar tanah untuk menjana pendapatan bagi sekolah persendirian Cina (SUWA).
8.    2,500 ekar tanah untuk dana Tabung Pendidikan Khas Anak-Anak Kaum India.
9.    RM21.44 juta untuk pendidikan anak-anak Orang Asli.
10. RM9.5 juta untuk pembangunan Ma’ahad Tahfiz.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...