Monday 22 April 2013

MANIFESTO BN PERAK#KECEKAPAN PENYAMPAIAN DEMI KESELESAAN RAKYAT


kecekapan
Akujanji untuk kehidupan berkualiti:-
 1.    Meningkatkan kecekapan Majlis Perbandaran & Majlis Daeraj terutama dalam:-
·         Pengurusan sampah
·         Pembersihan longkang
·         Pemotongan rumput
·         Penurapan jalan rosak
·         Penyelenggaraan lampu jalan
2.    Meningkatkan penyertaan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam negeri bagi 
       memastikan keseimbangan dalam sistem penyampaian kerajaan.
3.    Memperkasakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
4.    Mewujudkan kumpulan masyarakat sivil / NGO di setiap daerah melalui Pihak Berkuasa 
       Tempatan.
5.    Meneruskan dasar polisi terbuka melalui pendekatan 3P (Padang, Perasaan & 
       Penyelesaian).
6.    Memperkasakan PEMUDAH – jalinan sector awam dan swasta dalam mewujudkan 
       persekitaran perniagaan yang lancar.

Antara yang telah dilaksanakan ialah:-
 1.    Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak berjaya mendapat penarafan 
        sekurang-kurangnya tiga bintang mengikut Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan.
2.    Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menerima penarafan empat bintang – kelima terbaik
       peringkat kebangsaan; Sembilan PBT lagi mendapat tiga bintang.
3.    Semua PBT Negeri Perak berjaya menerima penarafan lima bintang dalam Malaysia 
       Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2012.
4.    MPM juara portal terbaik kebangsaan kategori PBT; Majlis Daerah Tapah kedua dan 
       Kampar ketiga.
5.    98% daripada 40,444 permohonan selesai melalui One Stop Centre (OSC) di peringkat
       PBT.
6.    15,000 fail tertunggak di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selesai dalam 
        tempoh empat tahun.
7.    Pelaksanaan gaji minima di peringkat GLC, contohnya RM1,000 (IDR), RM1,300 
       (KPerak), RM1,430 (PPPNPk) dan RM1,100 (PKNPk).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...