Anak-anak kecil yang tidak memahami apa-apa berdiri di sisi jenazah bapa mereka menyebabkan air mata kita mengalir. Kadang-kadang, hati kita terfikir kenapa orang-orang yang telah melakukan kebaikan ini diuji sedemikian rupa??
Allah SWT adalah Maha Adil. Dia tidak pernah melupakan sesuatu perkara, sama ada kebaikan atau keburukan. Sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu pastinya ada balasan nikmat atau azab. Kita yang membuat pilihan berdasarkan akal fikiran kurniaan Allah SWT.
Allah SWT adalah Maha Adil. Dia tidak pernah melupakan sesuatu perkara, sama ada kebaikan atau keburukan. Sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu pastinya ada balasan nikmat atau azab. Kita yang membuat pilihan berdasarkan akal fikiran kurniaan Allah SWT.
Bagaimana kita boleh konsisten dalam berbuat kebaikan? Berikut beberapa tip mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan pada setiap masa.
Pertama, luaskan maksud kebaikan. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa berbuat kebaikan itu ialah apabila kita menghulurkan bantuan kewangan seperti sedekah dan derma. Sebenarnya, kebaikan tidak terhad sekadar itu. Ia merangkumi segala perkara yang dapat memudahkan urusan orang lain, sebarang tindakan yang dapat mengeluarkan orang lain daripada kesusahan dan menyenangkan hati orang lain. Sekecil mana pun tindakan sekiranya dapat mendamaikan hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan.
Ini termasuklah berwajah ceria dan berseri-seri sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikit pun, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri. (riwayat Muslim)
Kedua, berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Jangan memilih-milih untuk berbuat kebaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa orang yang sepatutnya kita dahulukan dalam memberikan bantuan ialah kaum kerabat yang terdekat. (rujuk al-Baqarah: 177)
Kedua, berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Jangan memilih-milih untuk berbuat kebaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa orang yang sepatutnya kita dahulukan dalam memberikan bantuan ialah kaum kerabat yang terdekat. (rujuk al-Baqarah: 177)
Ketiga, jangan mengharapkan ganjaran daripada manusia. Apabila kita menghulurkan sesuatu bantuan, tidak semua yang akan memberikan penghargaan, apatah lagi untuk membalasnya. Oleh itu, kebaikan itu hendaklah diberi kerana Allah SWT, bukan kerana manusia. Ganjaran itu bukannya datang daripada orang yang menerima kebaikan tersebut, sebaliknya datang daripada Allah SWT, sama ada di dunia, ataupun di akhirat kelak.
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya… (riwayat Muslim)
Usaha mempertahankan kedaulatan negara daripada penceroboh adalah merupakan kebaikan yang amat besar. Lebih-lebih lagi usaha tersebut memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kita yakin usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan dengan keikhlasan dan keimanan kepada-Nya pasti mendapat kebaikan di sisi Allah SWT kerana berbuat baik pasti dibalas baik.SESUNGGUHNYAA PENGORBANAN MEREKA SUNGGUH SUCI,MURNI DAN TULUS DISISI-NYA..AMINNN...AL-FATIHAH...
SAYU ANGGOTA KELUARGA PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN..
JASAMU TETAP DIKENANG WAHAI PEJUANG NEGARA KUUU!!!..... SEMOGA TENANG DISISI -NYA...AMINNN..
so sad,,al-fatihah
ReplyDeleteal fatihah..
ReplyDeletesayuuuuuu~
ReplyDeletesayuuuuuu~
ReplyDeleteinnalillahwainnailaihiroji'un
ReplyDelete