Sunday 5 May 2013

PANAS !! BUAT RENUNGAN PUAK PAS TENGAHARI INI !!



Sebelum puak - puak Parti Angguk Saja tu keluar pergi mengundi, elok la diorang renungkan dulu apa yang dicatatkan dibawah ni. Moga - moga belum terlambat buat diorang untuk UBAH!!!
Profesor Dr. Sidek Baba memiliki maklumat jelas mengapa semua rakyat mesti menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. 
Prof. Dr. Sidek Baba sudah menghuraikan banyak, saya tidak hendak ulas itu, saya hendak mengulas yang belum anda ketahui.

Di Parlimen Shah Alam, nama yang sudah dicadangkan ialah Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Calon BN. Namun Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah kemaruk kuasa. Jika Datuk Dr. Hassan Ali bertanding dia boleh menang, tetapi apakah keuntungan jangka panjangnya.

Dalam konteks PRU13, Presiden PAS Hj. Hadi Awang mula MENYERANG Anwar walaupun masih berlapik. Kata Hj. Hadi, kita tak mahu Calon jual Pil Kuda PKR. Kita tak mau calon Karl Marx dan Stalin serta Komunisme. 
Semua itu mengkritik pedas Anwar. Kemuncaknya di Damak, Kuantan Hj Hadi menyeru pengundi untuk mengundi calon Bebas bukan calon PKR!

Selepas PRU13, saya diberitahu Prof. Datuk Dr. Harun Din akan menggantikan Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Hj. Hadi Awang bakal membawa masuk semula Datuk Nasharudin Mat Isa.

Saya juga diberitahu, beberapa nama besar PAS yang pro-DAP dan pro-Anwar seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar akan dikeluarkan. Manakala Datuk Mustapha Ali akan digantikan dengan Datuk Dr. Hassan Ali.

Selepas semua kerangka ini berjaya dilahirkan, maka PERPADUAN PAS-UMNO/BN di dalam BN akan diusulkan dalam Muktamar Agung PAS tahun depan. Dan PAS akan menjadi sebahagian ahli BN.

Apakah maksud saya jangka masa panjang tadi? Maksud saya ialah selepas Datuk Dr. Hassan Ali dilantik SUA PAS, kedudukan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dimanafaatkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perpaduan UMNO/BN-PAS.

Saya dimaklumkan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dilantik sebagai Senator dan dijangka menjawat jawatan Menteri Penuh yang akan memegang Portfolio Agama dan Hubungan Antarabangsa (Dunia Islam).

Manakala, Hj. Hadi Awang dijangka turut dilantik sebagai Menteri Penuh.

Kepada Prof, Saya mohon maaf memecahkan Rahsia ini, kerana saya fikir Umat Islam yang cintakan Perpaduan mesti mengetahui cerita ini.

Terima kasih.SUMBER..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...