Pakatan Rakyat Perak menjanjikan kepada rakyat negeri berkenaan bantuan pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000, pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa, ibu tunggal, miskin bandar serta orang kurang upaya sekiranya rakyat Perak mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.
Tindakan itu terang-terangan sebagai cubaan membeli undi daripada rakyat denngan menawarkan bantuan wang tunai sekiranya merekaa berjya memerintah. Perkara itu bagaimanapun dilihat akan menemui kegagalan kerana segala janji melibatkan wang tunai bukan satu mahupun dua, tetapi terlalu banyak janji PR yang tidak tertunai, termasuk di Selangor.
Ini kerana pemimpin PR tidak perlu mengotakan janji manifesto kerana manifesto pada hemat mereka hanyalah cubaan membeli undi dan bukannya perjanjian untuk rakyat memilih pemimpin. Mereka pula sebaliknya mempermainkan rakyat degan menawarkan perkara-perkara yang "sedap didengar" tetapi "mustahil" ditunaikan kerana berfikiran rakyat tidak mampu berfikir akan penipuan mereka.
Janji PR di Perak pula menunjukkan manifesto "recycle" dan telah pun dilaksanakan kerajaan Barisan Nasioanal (BN) sejak mentadbir negeri berkenaan selama empat tahun.Apa guna berjanji kalau tak ditepati. Antara janji-janji PR Perak adalah seperti pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah.
SETERUSNYA BACA DI SINI http://beliabangkit.blogspot.com/2013/04/bantuan-rm5000-antara-manifesto-pr-perak.html
No comments:
Post a Comment