Tuesday 16 April 2013

TERKINI !! CALON BN PERAK : GANDINGAN TERBAIK GALAS AMANAH RAKYAT

Senarai calon Barisan Nasional (BN) Perak telah diumumkan. Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan senarai yang sangat dinanti-nantikan dengan penuh debaran.
Berdasarkan senarai 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen, terdapat 35 muka baru untuk DUN atau 59.3% dan lima untuk Parlimen atau 20.8%. Dalam proses peremajaan BN, 11 calon DUN dan seorang calon Parlimen adalah orang muda.
Golongan wanita juga terus mendapat tempat apabila terpilih menjadi calon di 8 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen.
Seperkara yang menarik, senarai calon BN terdiri daripada pelbagai profesion termasuk doktor, peguam, guru, ahli akademik, pentadbir, golongan berpendidikan agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan muda, wanita dan pemimpin akar umbi. 
Pengumuman itu sekaligus menghilangkan debaran banyak pihak yang mulai dirasai sejak setahun lalu. Orang lama berdebar samada dicalonkan semula atau tidak dan ada yang berdebar samada tercalon sebagai muka baru.
Orang lama yang dicalonkan semula dan calon muka baru tentulah gembira dengan pengumuman yang dinant-nantikan sejak setahun lalu, ketika isu tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) mula hangat diperkatakan.
Tidak semua orang lama dicalonkan semula dan tidak semua muka baru yang berpotensi tercalon. Ini lumrah dunia… tidak semua orang mendapat apa yang dikehendakinya.. SETERUSNYA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...