Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz awal-awal lagi sudah berpesan dan mendedahkan rancangan sulit PKR untuk menimbulkan huru-hara dalam PRU13 akan datang. Rancangan sulit ini cukup teratur dan terancang oleh PKR dan disokong beberapa NGO di belakang mereka yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian. Mereka telah diberi latihan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong oleh NGO yang dipanggil Tindak Malaysia.
Mereka diajar bagaimana untuk mewujudkan suasana tegang di beberapa kawasan yang telah dipilih kononnya untuk mengawal kesulitan undi. Mereka ini diajar supaya menjadi vokal dan mencabar Ketua Tempat Mengundi dalam usaha mewujudkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR.
Mereka ini diajar bukan sahaja di tempat-tempat tertentu milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan, malah sebahagian besar latihan telah diadakan di gereja-gereja.
Ini semua hanya mempunyai satu matlamat iaitu menerbitkan persepsi negatif terhadap
SPR yang kononnya tidak adil. Jangkaan serangan adalah sewaktu pilihan raya tetapi
rupa-rupanya mereka telah mula menyerang sebaiknya sahaja penamaan calon selesai. Semalam segelintir pengguna media sosial pro-pembangkang menyebarkan tweet kononnya anggota polis telah mendapat kertas undi sebelum 30 April.
No comments:
Post a Comment