Tuesday, 16 April 2013

PANASSS!!DR.ZAMBRY KEKAL BERTANDING DI PANGKOR...


Spekulasi kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan berpindah ke Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ternyata meleset apabila beliau kekal bertanding di kerusi DUN Pangkor.
Perkara itu terjawab dengan sendiri apabila Dr. Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan senarai nama calon BN Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.
Pengumuman itu sekaligus menafikan cakap-cakap kononnya beliau akan ke Parlimen dan beberapa pemimpin kanan UMNO disebut-sebut menggantikannya sebagai Menteri Besar.
Empat orang Menteri turut mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di negeri ini di samping beberapa orang Timbalan Menteri.
Menteri yang berkenaan ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datok), Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun) yang sebelum ini dikaitkan dengan jawatan Menteri Besar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut).
Timbalan Menteri yang kekal bertanding di Perak ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin (Larut), Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong (Kampar) dan Timbalan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan (Tapah).
Dua Timbalan Menteri berpindah kerusi Parlimen iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe (berpindah dari Gerik ke Taiping) dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany (berpindah dari Cameron Highland ke Sungai Siput) SUMBER http://www.peraknews.com/berita-utama/49-utama/6550-dr-zambry-kekal-bertanding-di-dun-pangkor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...