Monday 8 April 2013

PANASS!! KANTOI TERUK!! ANWAR IBRAHIM BUBAR KEM AZIZAH???




'Khidmat Wan Azizah sudah tidak diperlukan lagi’,merupakan ayat tersirat Anwar Ibrahim ketika mengumumkan bahawa isterinya,yang juga Presiden PKR,tidak akan bertanding dalam PRU ke-13.Pelik sekali kerana Wan Azizah sebagai Presiden parti tidak mengumumkannya sendiri tetapi membiarkan suaminya mengumumkan bagi pihaknya bagaikan seorang surirumah sejati.Namun,tidak mustahil juga pengumuman tersebut dilakukan Anwar tanpa restu Wan Azizah sebagai Presiden,tetapi hanya merestuinya dalam keterpaksaan sebagai isteri.Selama ini,Wan Azizah hanya diperlukan untuk meraih simpati rakyat ketika di dalam penjara dan ketika ditimpa skandal seks.Tugas Wan Azizah ialah untuk menunjukkan pada dunia yang Anwar adalah suami yang baik.Dengan Anwar sudah keluar penjara dan perkembangan terkini yang menunjukkan bahawa skandal seks bukan faktor utama untuk menghadapi pilihanraya,maka khidmat Wan Azizah wajar ditamatkan sahaja.Difahamkan bahawa alasan yang diberi Anwar kepada Azizah adalah untuk mengelak dari dikritik kerana mengamalkan nepotisme.Cukuplah Nurul Izzah seorang,kata Anwar,Wan Azizah bolehlah menumpukan perhatian kepada cucunya pula..


SETERUSNYE..KLIK DISEBLAH..SINI..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...