Thursday 4 April 2013

panass!! HADI pecat ANWAR??!!




Disaat perjuang islam yang sedang bertempur di medan tempur hadi awang tetap menjunjung perjuangannya menakluk negara, walhal isu pencerobohan di Sabah itu jauh lebih penting dari al-kisahnya dia menyindir al-juburi mat jenin - daeng

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mengingatkan Pakatan Pembangkang agar tidak memikirkan tentang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan meminta Pakatan menumpukan perhatian untuk menang pilihanraya terlebih dulu, secara tidak langsung dilihat sebagai satu sindiran sinis kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, ini memandangkan sebelum ini Ketua Pembangkang itu pernah membuat kenyataan bahawa Presiden Pas dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal menjawat jawatan TPM sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa kelak.


“Selain kenyataan itu merupakan satu sindiran kepada Anwar, kata-kata Presiden Pas ini juga bagi saya sebenarnya sebagai satu isyarat kepada Anwar, bahawa beliau bukanlah calon yang layak untuk jawatan PM. Saya yakin, gelombang penolakan Anwar sebagai PM di dalam Pas kini sedang kuat, baik di peringkat akar umbi dan kepimpinan atasan.

“Pastinya penyokong dan ahli Pas berkehendakkan Presiden Pas untuk menjawat jawatan tersebut dan mereka telah meluahkan hasrat mereka dimuktamar Pas yang lalu. Saya yakin, ini disebabkan penyokong dan ahli Pas sudah hilang keyakinan terhadap Anwar terutamanya isu yang melibatkan Islam dan bangsa,” ujarnya.


Biarpun penyokong dan ahli akar umbi Pas mahukan Presiden Pas menjawat jawatan Perdana Menteri, namun perlu diingat, sekiranya DAP dan PKR memenangi banyak kerusi dan kemudiannya bergabung, maka harapan Pas untuk melihat Datuk Seri Hadi duduk di kerusi PM akan berkecai.

“Saya yakin, DAP dan sudah tentunya PKR, mahukan Datuk Seri Anwar sebagai PM. PKR sudah tentulah mahukan ketuanya untuk menjadi PM manakala DAP pula melihat Anwar boleh dipergunakan kerana banyak rahsia Anwar berada di dalam tangan mereka.

“Jika ini berlaku maka Pas akan kempunan dan hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR untuk membantu mereka memenangi pilihanraya. Namun,saya yakin suara Pas akan terpinggir seperti mana yang kita lihat hari ini kerana kita tahu DAP dan PKR bercanggah pendapat dengan pendirian Pas terutamanya dalam soal-soal syariat Islam,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...