Wednesday 10 April 2013

PANAS!! PENGECUT TERBAIK !! HANYA BERANI BERCKAP TIDAK BERANI BERTINDAK ..


karpanikTindakan PAS untuk terus berada dalam pakatan pembangkang sungguhpun disanggah oleh DAP dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa PAS merupakan sebuah parti yang hanya berani bercakap tetapi tidak berani bertindak.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, jika pemimpin PAS mempunyai maruah dan harga diri sudah lama parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang didominasi oleh DAP.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk DAP.
Karpal menegaskan bahawa DAP berpegang teguh dengan pendirian pakatan pembangkang awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan dan mengulangi desakan supaya Majlis Syura Ulama PAS mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.
SETERUSNYA KLIK SINIE..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...