Wednesday 17 April 2013

panas ! PAS DAN FITNAHNYA..



Calon muka baru, Mohamad Ziad Mohamed  yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk bertanding kerusi N23 Manjoi pada Pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau adalah ahli PAS. 
Beliau  menganggap dakwaan yang dibuat oleh PAS Perak itu sebagai satu pembohongan besar yang sengaja dimainkan untuk menarik perhatian, terutama ketika menjelang PRU-13.    
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan PAS Perak itu kerana ternyata ia adalah tidak benar sama sekali,’’ katanya kepada Peraknews hari ini. 
Menurut Ziad, beliau tidak pernah menjadi ahli PAS kerana tetap yakin dengan perjuangan UMNO dan BN.
Mohamad Ziad diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar  kononnya  beliau adalah ahli Pas.  
Dr. Raja Ahmad dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini mendakwa Mohamad Ziad telah mendaftar menjadi ahli Pas  secara terus melalui Ibu Pejabat Pas Pusat di Kuala Lumpur dan tidak pernah mengisytihar dirinya keluar Pas..SETERUSNYA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...