Tuesday 23 April 2013

MAKIN PANAS... PKR DAN PAS HAMPIR HENDAK BERTUMBUK SESAMA SENDIRI !!!



Walaupun keputusan telah dibuat namun ternyata Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail tetap tidak berpuas hati. Dia tetap menganggap, PAS tidak boleh dipercayai, tamak haloba dan terlalu mementingkan diri!

Menurutnya, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali telah bersetuju untuk melepaskan enam kerusi DUN iaitu Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Telemung, Bandar dan Bukit Besi selain kerusi Parlimen Kemaman untuk ditandingi oleh PKR.

Bagaimanapun, semasa hari pencalonan, PAS telah mungkir janji dan meletakkan calon-calon parti tersebut dalam pertandingan tiga penjuru.

Menurut Azan, dia telah merakamkan perbualannya dengan Mustafa Ali untuk membuktikan yang perjanjian serta persetujuan telah dibuat.

PAS telah mencalonkan Bendahari PAS Dungun dan bekas ADUN Bukit Besi, Roslan Ismail untuk bertanding di Bukit BEsi. Manakala PKR pula mencalonkan Ketua AMK Dungun, Mohd Shamsul Mohd Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...