Monday, 15 April 2013

HOT !! PEGUAM PAK "MUS" BAKAL DISAMAN !!



Angin tak de, ribut tak de, tak pasal - pasal je diorang nak kaitkan UMNO dalam isu video tebar roti canai atas katil yang melibatkan Pak Mus tu

Dah tak pasal - pasal je peguam dia pulak nak kena saman. Itulah. Dok tuduh orang buat fitnah padahal dalam masa yang sama dia pun buat fitnah jugak.

Tanpa ada bukti yang sah, tanpa usul periksa yang lebih, dia sesuka hati je nak tuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video tersebut. Apa kejadahnya? Lain kali, nak bercakap tu pakai Kepala Otak sikit. Jangan asyik sangat nak pakai Kepala Lutut!!!
Ekoran tersebar luasnya video seks yang mirip wajah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dua hari lalu - beliau dengan pantas telah menyerahkan urusan untuk menyelesaikan masalah tersebut kepada peguamnya, Asmuni Aswi. 
Dalam satu kenyataan Asmuni di portal Malaysiakini bertarikh 12 April 2013, dilaporkan beliau berkata:  
"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno. Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul,". 
Tanpa usul periksa, peguam Mustafa Ali telah menuduh tanpa sebarang bukti bahawa UMNO  terlibat dalam video seks tersebut. 
Apakah ini cara seorang peguam muslim? Menuduh tanpa usul periksa? Ekoran itu, difahamkan unit guaman UMNO akan mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam Mustafa Ali dengan kadar segera yang mungkin. 
Tuduhan berat ini sengaja dilemparkan kepada UMNO tanpa sebarang bukti dan justifikasi. Sudah sekian lama UMNO dituduh dengan pelbagai konspirasi - sedangkan yang sepatutnya dibuktikan ialah individu yang melakukan aksi tidak bermoral tersebut.
SUMBER.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...