Wednesday 17 April 2013

HANGAT !!! ANWAR TERBUNUHH ??!!


Wan Azizah Ismail






TERKINI: Berita ini tidak sahaja menggemparkan masyarakat Malaysia di London tetapi juga masyarakat di tanahair berikutan dengan adanya panggilan dari anak-anak dan sanak saudara  mereka di London untuk meminta pengesahan.

Saifudin Nasution, SUA Keadilan yang menjadi punca berita menggemparkan ini dijangka akan memanggil sidang akhbar bila-bila masa untuk menjelaskan kedudukan sebenar setelah menemui  Ketua Polis Negara.

Difahamkan tidak sahaja wartawan-wartawan tempatan tetapi wartawan-wartawan seluruh dunia termasuk dari CNN, BBC, ABC dan  wartawan-wartawan Singapura juga telah menghubungi Ibu Pejabat Keadilan di Kuala Lumpur untuk mendapat penjelasan tetapi gagal.

Berita terdahulu:
Masyarakat dan juga kalangan pelajar Malaysia di London sedang gempar dengan berita mengatakan Penasihat Parti Keadilan, Anwar Ibrahim telah terbunuh ketika sedang berucap dalam suatu perhimpunan pilihan raya di Selangor.

Berita ini telah tersebar sejak beberapa hari lalu berikutan dengan dakwaan Setiausaha Agung Keadilan, Saifudin Nasution yang tersiar di KedialanDaily bertarikh 12 April,  mengatakan keselamatan Anwar sedang menghadapi ancaman serius.

Menurut beliau, laporan polis belum dibuat dalam perkara ini kerana laporan-laporan dari Parti Keadilan tidak pernah diikuti dengan tindakan terhadap penyerang dan juga provokator.

Menurut Saifudin, beliau hanya akan menyampaikan maklumat yang ada padanya mengenai identiti dan sumbernya kepada Ketua Polis Negara dalam masa yang terdekat.Kenyataan akan dibuat selepas pertemuan itu,katanya.Berita-berita yang tersebar di London mengenai pembunuhan Anwar itu  tidak menyebutkan bagaimanakah Anwar terbunuh dan di mana, tetapi beberapa orang pelajar di London telah menalipon ibubapa mereka di tanah air untuk mengesahkan berita kematian itu.

Mereka memberitahu  penyebar-penyebar khabar itu mengatakan Anwar diserang dengan parang oleh seorang yang menjerit-jerit  perkataaan Yahudi dan homo.SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...