Friday 19 April 2013

GEMPAR!! MAYAT KEPALA DI TETAK DITEMUI PENCARI PUCUK PAKU

“Saya baru sampai dan selepas meletakkan motosikal, saya pergi ke kawasan paya itu untuk melihat ikan.

“Tidak disangka ada mayat lelaki dalam keadaan meniarap, tangannya diikat dan kesan tetak di kepala,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, dia seterusnya memaklumkan kejadian tersebut kepada polis.


Pasukan forensik melakukan pemeriksaan terhadap mayat dan lokasi berhampiran, semalam.


Seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan mayat diikat dan kesan tetak di kepala ketika dia sedang mencari pucuk paku di Jalan Padang Jawa 2, Padang Jawa, di sini, semalam.

Mayat lelaki itu ditemui dalam kawasan paya berhampiran Sungai Klang, kira-kira jam 9 pagi. Saksi yang enggan dikenali itu berkata, setiap hari dia akan ke kawasan tersebut untuk mencari pucuk paku.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan tetak di belakang badan dan kepala mangsa.

“Mangsa dipercayai mati kurang 24 jam. Kita tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...