
Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.
Katanya, rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.
"Pada ketika itu, saya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Padang Terap. Rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan negara Islam dengan mudah, cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.
"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri Kabinet untuk dibunuh. Bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kami sudah ada Kabinet bayangan. Kami mahu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (pada waktu itu), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun rancangan ini gagal selepas dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap..KLIK INI..
No comments:
Post a Comment