Wednesday, 17 April 2013

BN GUNAKAN FORMULA TERBAIK PILIH CALON PRU13 ..!



IMG 8059Barisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kelak.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun beberapa komponen parti mungkin dilihat mengalami kekurangan kerusi tetapi sebenarnya mereka bakal mendapat lebih dalam jangka panjang.
Beliau memberi contoh, walaupun kerusi MIC dilihat kurang daripada empat kepada tiga tetapi kepimpinan tertinggi BN bersetuju untuk melantik dua senator dari MIC Perak di samping seorang penasihat Menteri Besar bertaraf Exco dan seorang Exco kerajaan negeri jika mereka menang pada PRU-13. 
Menurut beliau, dengan cara itu, wakil MIC di dalam kerajaan juga bertambah, berbanding jika mereka masih mendapat empat kerusi yang mungkin hanya tinggal satu atau dua selepas pilihanraya. 
“Ini adil dan formula BN. You cannot find majority, jadi kita mencari satu pendekatan yang lebih kreatif, berfikir di luar kotak,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN Perak untuk PRU-13 di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini..SELANJUTNYA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...