Thursday, 28 March 2013

PANASS!! gOssipp lagii !!



Ini respon yang terbaru Abby yang dibuat menerusi twitter terhadap teguran dan komen yang dibuat oleh bekas kekasihnya, Zul mengenai isu Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa...
 Sesekali ada jg Sy bmsg2 ngan bf lama!  Zul namanya.Smlm kua mcm2 cite, Sy msg dia, Sy cuci otak dia, Akhirnya jeng2!

Sy cuci otak dia,Akhirnya jeng2!....apa yang cuba dimaksudkan oleh Abby?? Adakah Zul akan bercouple semula dengan Abby atau Zul akan menyertai PAS mengikut jejak Abby?? Sama-sama kita nantikan "jeng2" Abby....
Komen Zul terhadap Abby yang dibuat menerusi MStar..
Pelakon Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi agak kurang senang apabila wanita itu membuat tuduhan bagi memburukkan pemerintah ketika ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).
Zul, 26, berkata, tindakan Abby bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan yang betul.
"Saya gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung dan tidak salah untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya.
"Bagaimanapun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan, rasanya dia perlu selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan cakap-cakap orang.
"Tambah pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem," katanya kepada mStar Online.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi portal The Malaysia Insider pada 25 Julai lalu, mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.
Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan.
Tambah Zul, hasrat Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama.
“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.
sumber=(klik niee)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...