Sunday 31 March 2013

PANASS!! ANWAR DISABOTAJ PENYOKONG SENDIRI !!

alt

Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi PKR Negeri Datuk Fauzi Rahman sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota mendapat ejekan oleh penyokong parti itu sendiri.

Laungan 'boo' itu dilaungkan sejurus selepas Anwar mengumumkan nama Fauzi bagi menggantikan penyandang kerusi tersebut ketika ini, Azan Ismail dalam ceramahnya di Balok Makmur di sini malam tadi.

Dalam siri ceramah yang lain di Sungai Isap, Kuantan, PKR dilihat gagal mendapatkan sambutan hebat dari masyarakat walaupun dengan kehadiran Anwar dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Program jelajah Bas Merdeka Rakyat itu hanya mendapat kehadiran lebih kurang 500 penyokong parti tersebut.

Dalam ceramah tersebut Anwar turut mengumumkan Fuziah kekal sebagai calon Parlimen Kuantan bagi PRU 13..SUMBER(KLIK NIE)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...