Sunday, 31 March 2013

kisah uda dan dara: AKIBAT CINTA .. !




Suatu masa dahulu dii sebuah kampong terdapat sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta. Malangnya perhubungan mereka terhalang kerana kehidupan uda yang miskin dan tidak berharta. Bapa si dara yang memandang harta itu hanya bersetuju mengahwinkan anaknya dengan uda hanya apabila si uda mampu untuk menyediakan wang hantaran sebanyak 1000 wang emas dalam masa satu tahun. Sekiranya gagal dara akan dikahwinkan dengan pilihan keluarga.

Uda pun bersetuju untuk menyediakan wang hantaran itu dalam masa yang ditetapkan. Maka setelah berjanji setia dengan si dara, uda pun berangkatlah keluar dari kampong untuk mencari kerja dan berazam untuk berjimat cermat mengumpul wang hantaran.

Apabila sampai di bandar baru si uda pun bekerja keras lah siang dan malam demi menunaikan hajat bapa si dara. Namun setelah setahun berlalu, uda masih lagi gagal untuk menyimpan 1000 wang emas. Uda pun berputus asa dan meneruskan kehidupannya di bandar itu. 

Manakala di kampong pula satu kejadian buruk telah berlaku, dimana bapa si dara telah meninggal dunia. Si dara yang hidup sebatang kara merasa teramat sedih akan kematian bapanya itu lantas menjual segala harta pusaka untuk mencari uda di bandar.

Dalam perjalanan ke bandar si dara telah di rompak hingga habis segala hartanya. Dengan berbekalkan semangat yang berkobar kobar untuk menemui uda, si meneruskan juga perjalanannya hinggalah sampai ke satu pelabuhan di mana kapal yang bakal berangkat di waktu itu boleh membawanya ke bandar di mana uda menetap.

Malangnya dara sudah kehabisan wang untuk membayar kepada kapten kapal sebagai tambang. Si dara merayu rayu kepada kapten kapal supaya membenarkannya menumpang dan berjanji akan membayarnya setelah sampai di bandar nanti.

Dara yang mempunyai bentuk badan yang cantik itu telah membuatkan kapten kapal bersetuju tetapi dengan bersyarat. Dan syaratnya amat berat untuk dara tunaikan. Namun mengenangkan betapa mendalamnya cinta dara kepada uda dan betapa rindunya dara untuk menemui si uda maka dara akhirnya bersetuju untuk menyerahkan tubuhnya kepada kapten sebagai tambang menumpang di kapal itu.

Setelah berminggu minggu pelayaran maka sampailah dara ke destinasi di mana uda berada. Sebaik sahaja menemui uda maka berderailah airmata dan rindundendam selama ini. Uda pun begitu genbira kerana dara telah ada di pangkuannya. 

Maka di bawanya lah dara kerumahnya dan berbual buallah mereka sebagai pasangan kekasih yang bahagia. Setelah beberapa hari dirimahnuda, maka di tanya lah uda bagaimana dara boleh sampai ke bandar. Si dara pun berceritalah mengenai ayahandanya yang telah meninggal dunia dan bagaimana dia menjual segala hartanya sehinggalah hartanya dirompak. 

Apabila tiba disaat bercerita mengenai kapten kapal yang telah merampas kedaraannya maka bercurahan lah airmatanya mengenangkan pengorbanannya demi untuk berjumpa uda. Sangkaannya uda akan simpati dan menerima dirinya dengan seadanya kini.

Ternyata sangkaannya meleset, si uda dengan hati yang marah telah menghalaunya dari rumah kerana telah menduakannya. Si dara dengan tangisan yang tidak berhenti henti menyalahkan pula si uda kerana tidak mahu pulang ke kampong walaupun sudah genap satu tahun. Dara berpendapat sekiranya uda pulang kekampong, kejadian yang tidak diingini itu mungkin tidak berlaku. Malah mereka boleh berkahwin kerana ayahandanya pun sudah meninggal dunia.

Si uda pula menyalahkan bapa si dara kerana menetapkan wang hantaran yang terlalu tinggi dan mustahil untuk diperolehi dalam masa satu tahun. Oleh yang demikian uda berpendapat mungkin dara sudah di kahwinkan atas pilihan ayahandanya setelah satu tahun berlalu.

Setelah saling salah menyalahkan berlalu beberapa lama maka si dara pun berangkatlah pulang. Sekali lagi dara menaiki kapal yang sama di mana kapten itu mahu juga perkara yang sama. Dara memohon supaya kapten kapal beekahwin saja dengannya kerana hanya kapten kapal saja yang pernah merasai tubuhnya. Kapten menolak untuk berkahwin kerana kapten tidak percaya dara tidak menyerahkan tubuhnya kepada uda sepanjang tinggal di rumah uda.

Menangislah dara mengenang nasib malangnya.....

SIAPAKAH YANG BERSALAH? Mungkin pembaca mampu untuk menghakimi kejadian ini dan sila berikan pendapat di dalam komen....


sumber=klik nie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...