Mengejutkan...dalam dok godek-godek facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram. Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya bakau di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.
Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.
Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.
Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.
Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.
Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.
Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.
No comments:
Post a Comment